Pada 13 & 14 Julai 2024, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, bersama C40 Cities Climate Leadership Group (C40), Institut Sultan Iskandar (ISI-UTM) sebagai rakan pelaksana, dan Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN-UTM), Universiti Teknologi Malaysia, menganjurkan sesi libat urus komuniti di PPR Beringin dan Kampung Pasir.
Bengkel ini bertujuan melibatkan penduduk dalam perancangan dan pelaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim.
Sesi kali ini lebih fokus untuk mendapatkan pandangan daripada komuniti setempat khususnya golongan wanita, warga emas, dan pekerja luar. Sambutan baik daripada pelbagai golongan penduduk menunjukkan kepentingan program ini dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai isu perubahan iklim serta langkah-langkah menghadapinya.
Selain itu, aktiviti pertandingan mewarna dan permainan ular tangga turut diadakan untuk kanak-kanak. Kerjasama antara komuniti, pihak berkuasa, dan institusi akademik diharapkan dapat membina masyarakat yang lebih berdaya tahan dan lestari di Kuala Lumpur.