
MAKLUMAN LANJUTAN PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT INSTITUT SULTAN ISKANDAR BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19 FASA 2 bermula 1 - 14 April 2020.
MAKLUMAN LANJUTAN PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT INSTITUT SULTAN ISKANDAR BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19 FASA 2 bermula 1 - 14 April 2020.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi dari 15 -28 April 2020 seperti dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehubungan dengan itu, Institut Sultan Iskandar menyambung penutupan sementara operasi selaras dengan arahan PKP tersebut.Segala kesulitan amat dikesali dan bersama kita berdoa agar keadaan kembali pulih.
Selain menganggotai Jawatankuasa Senibina Identiti Kebangsaan di bawah Lembaga Arkitek Malaysia, Prof. Dr. Syed Ahmad Iskandar bin Syed Ariffin turut menyumbang kepakaran dalam bidang warisan dan pemuliharaan (conservation) senibina di bawah naungan Jabatan Warisan Negara (JWN). Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Syed Ahmad Iskandar di atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Pakar Warisan Senibina dan Landskap oleh JWN bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Semoga Malaysia Kekal Sejahtera.
Tahniah Prof. Dr Syed Ahmad Iskandar bin Syed Ariffin di atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Senibina Identiti Kebangsaan bermula 1 Januari 2020 sehingga 14 Oktober 2021.