Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas limpah perkenan mencemar duli berangkat ke program Paya Besar Dialogue seterusnya ke pameran Institut Sultan Iskandar pada hari ini, Ahad, 17 Julai 2022 serta mendengar penerangan berkenaan projek ISI dan IAT yang telah dipersembahkan oleh Pengarah Eksekutif ISI, Prof. Dr. Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin.
 
Institut Sultan Iskandar (ISI) telah mengambil bahagian dalam pameran dalam program Paya Besar Dialogue di Pentas Utama Anjung, Bandar Sungai Lembing bersama wakil IPASA, Universiti Teknologi Malaysia.
Dalam pameran ini, ISI mengetengahkan projek dan program-program yang dijalankan oleh ISI serta memperkenal 'ISI-SDG Analytics Tool' (IAT) kepada para pengunjung. IAT merupakan sebuah pangkalan data penilaian prestasi organisasi menuju SDG (Matlamat Pembangunan Lestari). Maklumat lanjut tentang program-program dan pangkalan data IAT boleh didapati di https://www.susdep.com
 

Who's Online

We have 582 guests and no members online

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment