Projek Rejuvinasi Pangsapuri Kos Rendah Bandar Bukit Puchong (PBBP) yang dilancarkan pada 30 Jun tahun lalu atau kini dikenali sebagai Rejuvenasi BP560 merupakan sebuah program usahasama Institut Sultan Iskandar (ISI), UTM dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Program ini merupakan satu usaha transformasi komuniti berpendapatan rendah untuk membina ruang kejiranan berkualiti menerusi perancangan inklusif yang melibat seluruh warga komunitinya. Lebih penting, program rejuvinasi ini membawa kepada ‘pemberdayaan komuniti’ (community empowerment), yang melahirkan masyarakat baharu yang berdaya kendiri dalam membangunkan rancangan kejiranan mereka. Program ini juga berjaya mendapat perhatian sebagai satu contoh model pemberdayaan komuniti perumahan kos rendah yang berjaya sempena Pelancaran Dasar Komuniti Negara 2019 yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Taman Puchong Indah pada 17 Februari 2019 yang lalu. Projek rintis ini diharapkan dapat dijadikan contoh kepada semua pangsapuri lain di Malaysia.

Prof Madya Dr Gurupiah Mursib yang merupakan Ketua Unit Institut Sultan Iskandar Kuala Lumpur telah mengetuai projek ini dan dibantu bersama Prof Madya Dr Mohd Hisham Rashidi dan Dr Syamsul Hendra Mahmud dari Fakulti Alam Bina & Ukur, Universiti Teknologi Malaysia.

Who's Online

We have 43 guests and no members online

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment