Shah Alam, 28 Ogos 2024 – Program Rintis Pasar Bebas Plastik Sekali Guna di Pasar Moden Seksyen 6, Shah Alam, telah berjaya diadakan dengan kehadiran 43 peserta. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peniaga dan pengunjung pasar tentang bahaya plastik sekali guna serta mempromosikan bahan mesra alam sebagai alternatif.
Program bermula pada jam 11.30 pagi dengan pendaftaran peserta dan diteruskan dengan ucapan aluan daripada Tuan Suryamuizzudin Bin Kamarudin, Ahli Majlis MPP Zon 1 serta penyampaian penghargaan kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia dan WWF Malaysia.
Sesi pertama yang bertajuk “Plastik: Ancaman kepada Manusia & Alam Sekitar” memberi penerangan mengenai kesan buruk plastik sekali guna. Sesi kedua pula, “Bahan Mesra Alam Sebagai Alternatif Menggantikan Plastik,” menampilkan perkongsian tentang bahan alternatif mesra alam.
Antara acara menarik adalah pertandingan pembungkusan kreatif menggunakan bahan mesra alam, yang mencetuskan minat peserta dalam mencari alternatif selain plastik.
Majlis penutup menyaksikan penyampaian hadiah dan cenderahati, dengan harapan agar usaha ini dapat menggalakkan masyarakat mengurangkan penggunaan plastik sekali guna. Program berakhir pada jam 2.30 petang dengan sesi fotografi dan bersurai.
Bersama kita bergandingan bahu ke arah kemampanan alam sekitar, sosial dan ekonomi yang seimbang.