+607-558 4286 isijb@utm.my
Program Pengenalan ESG dan Asas Kemampanan (PEAK 1.0) kembali dengan Siri 2 telah berlangsung pada 10 Julai 2024 secara maya.
Program ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Ahmad yang mengupas tentang kepentingan SDG dan ESG melalui empat modul yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah II ISI, Dr. Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani, Prof. Madya Dr Zuraidah Sulaiman, Dr. Jamilia Mohd Marsin dan Dr. Muhamad Safwan Ishak.
Melalui modul-modul PEAK, para peserta berpeluang:
* Memahami konsep SDG dan ESG dengan mendalam
* Melihat peluang untuk menerapkan SDG dan ESG dalam organisasi/syarikat mereka
* Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang SDG/ESG
Program PEAK akan kembali di tarikh yang akan diberitahu kelak. Untuk maklumat lanjut tentang program-program pembangunan mampan yang lain, anda boleh layari https://www.susdep.com serta platform media sosial Institut Sultan Iskandar di Facebook, Instagram dan TikTok.