23 JANUARI 2020, KHAMIS - Seramai 14 orang pensyarah Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA) telah menghadiri Kursus Autodesk Revit Structure Certified Professional pada 19 - 23 Januari 2020 bertempat di Bilik Komputer, Blok M50, Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia. Kursus ini pertama kali diadakan di Johor setelah pihak ISI mengumumkan pembukaan kursus Autodesk di Johor Bahru mulai Oktober 2019. Pengarah Eksekutif ISI, Prof. Dr Syed Ahmad Iskandar amat komited dalam usaha memperjuangkan kemampanan menerusi teknologi untuk melahirkan lebih banyak tenaga pakar yang mendokong Revolusi Perindustrian Malaysia 4.0 malah ISI juga telah menanggung sebahagian kos peserta dalam bengkel tersebut.

Pada hari terakhir kursus selama 5 hari ini, peserta yang berjaya menamatkan kursus dan lulus dalam peperiksaan telah dianugerahkan Sijil Profesional Autodesk Revit Structure yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kanan 1, PM Dr Khairul Anwar bin Mohamad Khaidzir. Kursus ini telah dianjurkan menerusi anak syarikat ISI iaitu ISI Ventures Sdn Bhd yang mengendalikan Pusat Latihan Autodesk UTM yang merupakan salah satu pusat ATC perintis di Malaysia yang menjalankan Latihan Sijil Profesional dalam pemodelan berpandukan perisian komputer. Encik Muhamad Ridwan iaitu pegawai eksekutif pembangunan ISIV amat berbesar hati dengan kejayaan peserta pada hari tersebut dan mengalu-alukan penyertaan dari peserta selatan tanah air untuk program kursus Autodesk Revit Structure dan juga kursus Autodesk yang lain seperti AutoCAD, Autodesk Revit Architecture, Navisworks Manage dan Civil 3D. Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau melalui talian 03 2615 4713 atau email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment 

Contact us