Kuala Lumpur, 1 Ogos 2019 - Satu sesi majlis meraikan persaraan PM Dr Rubi Mursib bersama Ahli Lembaga Pengarah ISI telah diadakan sempena Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah ISI yang ke-99 di Menara Razak, UTM Kuala Lumpur. PM Dr Rubi telah berkhidmat sebagai Ketua Unit ISI Kuala Lumpur semenjak 1 Jun 2016 dan akan bersara pada 9 Ogos 2019. Pengerusi ahli lembaga pengarah ISI iaitu Y.Bhg. Tan Sri Abdul Halim Ali telah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan bagi menghargai sumbangan Dr Rubi sepanjang tempoh perkhidmatannya di ISI.

KUALA LUMPUR: Sepuluh (10) buah pasukan telah memeriahkan pertandingan tenpin boling Institut Sultan Iskandar Siri 1.0 bertempat di Gurney Bowl, UTMKL Residensi. Penganjuran pertandingan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan di antara warga ISI, UTM, dan agensi serta individu luar. Ianya juga dapat menggalakkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat di kalangan masyarakat.

Siri 1.0 ini telah menyaksikan kumpulan Wizurai A mengungguli carta kedudukan pertama diikuti Wizurai B dan The Surveyor. Bagi kategori lelaki individu pula johan dimenangi En Abdul Malek Bin Bahari dan naib juara ialah En. Mahathir Bin Maat. Manakala Dr. Liza Latiff menjuarai kategori wanita individu dan Pn. Normala Arshad sebagai naib johan.  Turut bertanding dalam kategori kumpulan ialah kumpulan Kuda Hitam, 4Bowlers, Mamba Bowlers1, 4Cacamerba, UTM Holdings Sdn Bhd, Mamba Bowlers 2 dan Cincai Boncai.

Pertandingan ini telah mendapat tajaan dari pelbagai pihak korporat dan individu seperti UTM Holdings Sdn Bhd, Royal Widad Residence UTMKL, The Regency Scholars Hotel, Azim Garment Printing, Ir. K. Kumarason, Profesor Emiratus Ir.  K. S. Kannan dan Isma Mewah Enterprise (Catering) merupakan pihak penaja yang telah menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing.

Menurut Puan Mahanim Makrojit yang merupakan pengurus program, penganjuran pertandingan ini adalah kali pertama diadakan dan akan diteruskan dengan Siri 2.0 pada 7 September 2019. 

MELAKA, 17 Julai 2019 - Sesi "Team Bonding" Institut Sultan Iskandar telah selamat berlangsung di Limas Tiga, Umbai Melaka. Sesi ini telah dihadiri oleh semua staf ISI Johor Bahru dan ISI Kuala Lumpur selama 2 hari dan 1 malam yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara staf dan pihak pengurusan. Pihak ISI Kuala Lumpur telah bertindak sebagai hos majlis dan telah mengaturkan beberapa siri aktiviti antaranya sesi tazkirah pagi, permainan berpasukan dan sesi karaoke. Malah penyediaan juadah seperti makan malam BBQ dan sarapan pagi juga telah disediakan secara rewang antara staf. Majlis penutup pada hari kedua menyaksikan sesi perpisahan tertutup untuk Prof Madya Dr Gurupiah Mursib yang juga Ketua Bahagian ISI Kuala Lumpur yang bersara pada Ogos 2019 kelak. Suasana sedih dan sayu menyelubungi apabila PM Dr Rubi menyampaikan sedikit ucapan khas. Sesi team bonding ini diakhiri dengan sesi lawatan sekitar bandar Melaka dan makan tengahari. 

Johor Bahru, Jun 2019 - Ir. Dr. Noorazizi bin Mohd Samsuddin has been appointed as Head of TRAINING, EVENTS & PROFESIONAL DEVELOPMENT in ISI Kuala Lumpur starting from Jun 2019. He is a Senior Lecturer from Engineering and Advanced Technology, Razak Fakulti Teknologi dan Informatik.

 

 

 

 

Johor Bahru, 22 May 2019 - We would like to take this opportunity to give a warm goodbye to one of our fellow management. Dr Irina is leaving after years of attachment to ISI as the Head of Sustainability unit. She is also an academic member at the Department of Urban and Regional Planning, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. We wish her all the best for her future endeavours at  the International Islamic University Malaysia.

 

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment