12 Oktober 2022 - Sempena Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2022/2023, Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT Dewan Sultan Iskandar (DSI))dengan kerjasama Jabatan TNC (HEP), Bahagian Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti dan Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) telah mengadakan latihan pengungsian bangunan.

Semua staf ISI terlibat sebagai ERT Dewan Sultan Iskandar. Pasukan ERT DSI juga terdiri daripada staf Stor Jubah, Alatulis Bendahari, Unit Ruang, Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko dan Unit Kebudayaan.

Objektif latihan pengungsian bangunan ini adalah untuk mendedahkan kepada staf DSI dan pelajar baharu seramai 3500 orang agar sentiasa bersedia terhadap sebarang kemungkinan berlakunya kecemasan atau bencana di samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu diambil terutama laluan kecemasan yang perlu dilalui di kala berlaku sebarang kejadian kebakaran.

Pengarah Keselamatan, Encik Mohd Faizal bin Abd Latib memberikan penerangan berkaitan perjalanan latihan pengungsian bangunan agar latihan dapat berjalan dengan lancar. Latihan dimulakan pada jam 3.20 petang. Semua pelajar, krew dan staf terlibat berjaya mengosongkan Dewan Sultan Iskandar setelah mendapat arahan daripada Insiden Komander dengan dibantu pasukan ERT, ketua aras dan sekuriti. Latihan berakhir pada jam 4.40 petang dan disudahi dengan sesi post-mortem dari pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Skudai.

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment