Jumaat, 30 September 2022 - Satu sesi suai kenal dan perbincangan isu kelestarian telah berlangsung antara Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan pihak Institut Sultan Iskandar (ISI).
ISI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak EPU meluangkan masa untuk bersama-sama dalam sesi pertemuan atas talian ini dan mengalu-alukan pelbagai bentuk kerjasama antara kedua-dua pihak di masa akan datang.