18 Mei 2022, Johor Bahru – Dalam usaha ISI memanifestasikan Sustainable Development Program (ISI-SDP), Program Asas Pembangunan Mampan dalam Pengurusan Tanah telah dijalankan di Pulai Springs Resort dengan jayanya. Program ini telah dibangunkan dengan kerjasama Pejabat Tanah Johor dan mensasarkan pemerkasaan keupayaan petugas-petugas sektor tanah awam terutama sekali petugas di bahagian lapangan dan operasi agar kualiti pengendalian dan pengurusan tanah dapat dipertingkatkan melalui gerak kerja asas Pembangunan Mampan. Pihak Institut Sultan Iskandar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wakil Pejabat Tanah yang hadir dari seluruh pelusuk negeri Johor ke program berkenaan. Semoga ilmu yang diperolehi bermanfaat sejajar dengan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Koleksi gambar program di pautan ini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.5168800803175972&type=3

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment