Johor Bahru –  Seramai 60 orang peserta dari sekitar dari sekitar Johor Bahru dan luar Johor iaitu Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur dan Melaka telah hadir menyertai program PENJANA HRDF INISIATIF yang mendapat tajaan sepenuhnya Kementerian Sumber Manusia yang dianjurkan oleh ISI Ventures iaitu anak syarikat milik penuh Institut Sultan Iskandar.

Program latihan secara percuma iaitu Kursus Autocad Modelling With 3d Printing dan Kursus Augmented Reality (AR) Developer - Marker For Android, selama 5 hari ini telah diadakan di Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor bermula 28 Mac 2021 sehingga 1 April 2021. 

Bagi 30 orang peserta yang menyertai kursus Autocad Modelling With 3d Printing telah didedahkan dengan penggunaan AutoCAD 2D & 3D, asas cetakan 3D serta membuat model 3D secara fizikal menggunakan pencetak 3D manakala bagi 30 orang peserta kursus Augmented Reality (AR) Developer - Marker For Android telah diperkenalkan dengan teknologi Augmented Reality (AR) terkini. Peserta juga berpeluang meneroka pengembangan aplikasi AR menggunakan Blender dan Unity3D dan didedahkan dengan asas pemodelan dan pengprograman AR. Kesemua peserta yang hadir penuh selama 5 hari ini telah dianugerahkan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif ISI, Prof. Dr Syed Ahmad Iskandar bin Syed Ariffin sebagai tanda penghargaan komitmen mereka menyertai kursus ini.