Kuala Lumpur, 10 September 2020 - Seluruh warga Institut Sultan Iskandar merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Dato' Ir Dr Wan Abdul Rahman Hj Wan Yaacob dan Prof. Datuk Ir. Dr Wahid bin Omar. Tan Dato' Ir Dr Wan Abdul Rahman merupakan ahli Lembaga Pemegang Amanah ISI sejak tahun 2001 manakala Prof. Datuk Ir. Dr Wahid merupakan Naib Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah ISI sejak tahun 2013. Kedua-duanya telah diraihkan dalam majlis ringkas selepas berakhirnya Mesyuarat Pemegang Amanah ISI yang ke 102 pada hari tersebut. Sesungguhnya, jasa dan sumbangan mereka berdua tidak dapat dibalas dan seluruh warga ISI menyanjung tinggi kesungguhan dan pengorbanan mereka berdua dalam memberi sepenuh komitmen sebagai ahli pemegang amanah ISI.

 

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment 

Contact us