Kuala Lumpur, 26 Februari 2025 – Seminar separuh hari bertajuk Perubahan Iklim: Dari Kesedaran ke Tindakan yang dianjurkan oleh Institut Sultan Iskandar dengan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN) dan UTM Campus Sustainability (UTMCS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.
Perkongsian daripada pakar, En Ahmad Zafuan Mohamed Kassim Pengasas, Jurulatih & Perunding, Innogy PLT)
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada kesan perubahan iklim di Malaysia, termasuk peningkatan paras laut sebanyak 4.22mm setahun, kejadian banjir besar, tanah runtuh, dan peningkatan suhu global yang memberi kesan kepada keselamatan makanan negara. Disamping itu, Encik Zafuan juga menekankan keperluan untuk menggantikan simbol perubahan iklim yang biasa digunakan, seperti beruang kutub, dengan ikon yang lebih relevan dengan Malaysia seperti harimau Malaya yang terancam, sawah padi yang terjejas, dan bencana banjir yang semakin meningkat.
Melalui pendekatan CEPA (Komunikasi, Pendidikan, Kesedaran Awam), para peserta didedahkan kepada cabaran iklim sebenar, strategi penyampaian mesej yang berkesan, serta kajian kes tempatan seperti A Story of Hope. Pelbagai aktiviti perbincangan dan sesi berkumpulan dijalankan bagi membolehkan peserta memahami dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam advokasi perubahan iklim.
Sesi diakhiri dengan perbincangan berkumpulan di mana peserta menyampaikan idea dan cadangan mengenai kaedah terbaik untuk menggerakkan tindakan perubahan iklim dalam komuniti masing-masing. Seruan bertindak ini menekankan pentingnya mengamalkan gaya hidup lestari, menyokong dasar tenaga hijau, serta mengambil langkah proaktif dalam usaha menangani perubahan iklim