ISI tandatangani Memorandum Persefahaman bersama MBIP
by utmisimy | Nov 1, 2023 | MoU, News
31 Oktober 2023 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini merasmikan hubungan strategik antara Institut Sultan Iskandar bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bagi menjayakan program kemampanan khususnya bagi Kempen Pasar Bebas Plastik Sekali Guna yang dijalankan di Pasar Awam Taman Universiti, Skudai.
ISI berharap agar tindakan bersama menjadi lebih cekap melalui kolaborasi ‘quintuple helix’, melibatkan akademia, pihak berkuasa tempatan, vendor pasar, masyarakat setempat serta pihak berkepentingan alam sekitar.
Bersama kita bergandingan bahu ke arah kemampanan alam sekitar, sosial dan ekonomi yang seimbang.