Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Institut Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia dan INSEMA Asia Pacific Sdn. Bhd. pada hari Jumaat, 8 Disember 2023.
Perjanjian telah ditandatangani oleh wakil INSEMA iaitu Pengarah, Amrath Kaur A/P Malkeet Singh, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Fred Wu manakala ISI diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Prof. Madya Sr Dr. Abdullah Hisam bin Omar. Timbalan Pengarah II, Dr. Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani turut hadir pada majlis tersebut.
MoU ini diharap dapat memeterai kerjasama strategik antara ISI dan INSEMA dalam pembangunan latihan dan kemahiran serta ini merupakan satu lagi kejayaan ISI dalam usaha jangka panjang untuk menawarkan program dan kepakarannya.