Pengenalan
Pertanian melibatkan usaha dan kemahiran mengusahakan tanah, memelihara tanaman dan haiwan ternakan. Seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), pembangunan dalam sektor pertanian sangat efektif untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin berbanding sektor lain dan menyediakan sekuriti makanan – SDG 1 (Tiada Kemiskinan) dan SDG 2 (Kelaparan Sifar). Namun, sistem pertanian kini masih memberi risiko kepada kesihatan manusia dan alam sekitar dengan penghasilan sisa dan pencemaran yang tidak terkawal.
Webinar dijalankan secara atas talian melalui platform ZOOM dan akan disampaikan oleh Dr Muhamad Safwan Ishak yang akan mengupas lebih lanjut tentang:
• Terokai apa itu pertanian dan cabang-cabang dalam bidang pertanian;
• Kenal pasti impak aktiviti pertanian kepada manusia, ekonomi dan alam sekitar;
• Selami isu-isu alam sekitar termasuk perubahan iklim dalam aktiviti pertanian.
Yuran
Professional: RM30
Pelajar: RM10