๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐๐จ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ-๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
Pada 16 dan 17 Januari, Institut Sultan Iskandar dari Johor Bahru dan Kuala Lumpur telah berkumpul di Limas Suites, Melaka untuk menjalankan sesi refleksi semula perancangan strategik yang telah dilaksanakan pada suku kedua 2023.
Tujuan Sesi Refleksi ini untuk meneliti dan menilai pencapaian serta kemajuan sejak perancangan strategik sebelumnya. serta memberikan peluang untuk membincangkan pencapaian, aspirasi dan projeksi untuk tahun 2024-2025. Dalam bengkel singkat ini, staf melaporkan perkembangan sejak perancangan strategik sebelumnya, memberikan pencerahan terhadap cabaran yang dihadapi, dan merancang langkah-langkah seterusnya.
Pentingnya sesi ini adalah untuk merangka perjalanan ISI pada 2024 dan 2025. Sesi ini juga melibatkan komitmen bersama untuk melaksanakan tindakan yang diperlukan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kejayaan sesi ini akan menjadi titik permulaan bagi transformasi dan pertumbuhan ISI yang berterusan.
Dengan semangat kolektif dan visi yang jelas, Institut Sultan Iskandar kini lebih bersedia untuk mengejar dalam memberikan impak yang positif dalam pelbagai inisiatif kepada semua amnya.