Institut Sultan Iskandar (ISI) dengan kerjasama Orang Johor Cycling Team (OJCT) akan menganjurkan Program ISI-UTM MTB pada 19 Januari 2019 bertempat di kampus Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor. Kayuhan Basikal Gunung (MTB) atau Basikal Lasak adalah merupakan aktiviti yang semakin mendapat tempat di kalangan peminat sukan berbasikal di Malaysia.

Program ini bukan sahaja untuk aktiviti berbasikal sahaja malahan ia lebih bersifat eco-tourism. Peminat basikal dari luar dan dalam negeri Johor khususnya dapat berkumpul dan menjelajahi Kampus UTM Johor Bahru yang dikenali sebagai ‘Campus Edutourism’. Selain peserta menyertai aktiviti berbasikal, mereka dan seisi keluarga yang hadir juga dapat menikmati keindahan alam sekitar yang bersih di samping dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan melawati tempat edu-tourism seperti Taman Rusa, Dusun Buah-buahan, Ladang Orkid, Hutan Rekreasi, Taman Tropika, dan lain-lain tempat menarik yang terdapat disekitar kampus. Program ini juga diharap dapat memberikan penekanan dari aspek kesihatan dan kecerdasan diri, di samping menggalakkan lagi aktiviti gaya hidup sihat di dalam kampus.

 

TERMA & SYARAT PENYERTAAN

KATEGORI 1: JAMBOREE

  • Merupakan kayuhan basikal lasak MTB dengan jarak 35++km dan dibahagikan kepada:
1. IPT Open
2. Men Junior Open (<20)
3. Men Open (21-34)
4. Men Master (35-44)
5. Men Veteran/Otai (>45)
6. Women Open
7. Super Mama (>35)
8. Fatbike
  • Setiap Kategori Jamboree akan dipertandingkan sekiranya penyertaan yang diterima melebihi atau sekurang-kurangnya 30 penyertaan.
  • Semua peserta Jamboree diwajibkan memakai topi keledar,saiz tayar bersesuaian dengan MTB dan memastikan basikal didalam keadaan baik, bagi menghadapi sebarang risiko.
  • Peserta mesti sihat tubuh badan,dan tidak menghadapi sebarang penyakit kronik.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian anda sendiri. 
  • Bagi peserta Remaja 13 hingga 17 tahun,mesti mendapat kebenaran dari penjaga. Sila dapatkan borang kebenaran daripada penganjur untuk ditandatangani ibu bapa atau penjaga.
  • Yuran penyertaan sebanyak RM 70.00, termasuk (merangkumi T Shirt, Goodies dan Makanan Tengahari).
  • Peserta JAMBOREE akan menerima Medal dan layak untuk Cabutan Bertuah.
  • Borang dan yuran penyertaan hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 5 Januari 2019.
  • Peserta akan diberi taklimat undang2 dan syarat kayuhan sebelum pelepasan. 
  • Peserta mesti mematuhi dan keputusan pengadil adalah muktamad.

Syarat Tambahan bagi KATEGORI IPT OPEN

  • Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM 250.00 ( merangkumi T Shirt, Goodies dan Makanan Tengahari).
  • Syarat kelayakan untuk menyertai acara berpasukan adalah mempunyai sekurang-kurangnya empat peserta bagi mewakili satu pasukan (IPT) yang terdiri 3 lelaki dan seorang perempuan.
  • Peserta atau pengurus perlu mengemukakan Kad Pelajar & Staf semasa pendaftaran.
  • Semua peserta dikehendaki membawa kad pelajar & kad Staf asal pada hari kejohanan dan perlu mengemukakan kad jika diminta oleh pihak penganjur.
  • Sekiranya pengurus atau peserta tidak membawa kad pelajar & staf semasa pendaftaran, pihak penganjur tidak akan membenarkan peserta turut serta dalam penyertaan ini.


KATEGORI 2 : FUN RIDE

  • Kategori FUN RIDE merupakan Kayuhan Santai dengan jarak 8++km dan melibatkan dari pelbagai jenis basikal.
  • Pemakaian Topi Keledar tidak diwajibkan tetapi demi keselamatan peserta digalakkan memakai topi keledar. 
  • Yuran penyertaan sebanyak RM 30.00, termasuk (merangkumi T Shirt dan Makanan).
  • Peserta FUN RIDE layak untuk Cabutan Bertuah
  • Borang dan yuran penyertaan hendaklah dikemukakan sebelum 5 Januari 2019.
  • Peserta akan diberi taklimat undang2 dan syarat kayuhan sebelum pelepasan. 

 

LAIN-LAIN HAL

  • Pihak penganjur, sukarelawan dan pembantu tidak bertanggungjawab kepada mana-mana penunggang atau orang lain yang menuntut bagi pihak penunggang untuk kerosakan harta, kecederaan diri atau kematian yang berlaku sebelum, semasa atau selepas ISI-UTM URBAN Jambore MTB, sama ada kerosakan harta benda, kecederaan peribadi atau kematian disebabkan oleh kecuaian atau kelalaian.
  • Peserta tidak dibenarkan memaparkan peralatan basikal, pakaian dan berbasikal dan penulisan, logo atau perkara yang boleh menyinggung perasaan organisasi lain.
  • Segala bahan visual seperti gambar dan video yang memaparkan para peserta yang diambil oleh pihak penganjur atau wakil penganjur adalah hak milik penganjur, dan boleh digunakan penganjur pada bila-bila masa tanpa caj daripada peserta semasa atau pada masa hadapan.
  • MEROKOK adalah dilarang di kawasan kampus UTM.
  • Penggunaan ALKOHOL dan DADAH adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
  • Penarikan diri setelah pembayaran dibuat, yuran tidak akan dikembalikan kecuali atas sebab kematian dan kemasukan ke hospital dan dikenakan caj pentadbiran.
  • Pihak penganjur ISI-UTM URBAN MTB JAMBOREE 2019 berhak mengubah ,menukar ,meminda, mana mana bahagian syarat-syarat penyertaan pada bila-bila masa jika perlu.

TERMs & CONDITIONS ENGLISH VERSION DOWNLOAD HERE

 

CARA PENDAFTARAN

Peserta boleh memuat turun borang pendaftaran secara manual menggunakan BORANG A dan menghantar semula borang yang telah dilengkapkan ke e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau mendaftar melalui pendaftaran atas talian. 

MUAT TURUN BORANG A atau KLIK UNTUK PENDAFTARAN ATAS TALIAN  

 

PEMBAYARAN

  • Bayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 5 Januari 2019 ke akaun:
CIMB Bank No Akaun: 80-0605659-9
Nama Akaun: Institut Sultan Iskandar
Alamat Bank: Bangunan Hal Ehwal Pelajar UTM Skudai Johor)
Swift Code: CIBBMYKL
 
Salinan pembayaran hendaklah dihantar ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  

images/MTB2019/MTB2019-Booklet.pdf

Download Programme Book

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment