Institut Sultan Iskandar merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan bagi semua wakil Pejabat-pejabat Tanah daerah di negeri Johor dan wakil Pejabat Tanah dan Galian Johor atas partisipasi mereka di dalam program khusus yang julung-julung kali diadakan ini. Semoga ilmu dan maklumat yang diperolehi dari program ini bermanfaat bagi pelaksanaan tugasan dan gerakerja urustadbir tanah dan gunatanah untuk masa hadapan pengurusan tanah negeri dan negara.
