Johor Bahru, 19 Disember 2023 – Institut Sultan Iskandar telah mengadakan program Eksplorasi Pembangunan Mampan Edisi Cuti Sekolah yang melibatkan para pelajar berumur 10-15 tahun.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar konsep Matlamat Pembangunan Mampan dan impak penggunaan plastik dalam kehidupan harian. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan kreativiti melalui pelbagai aktiviti seperti permainan berkumpulan, dam ular, dan tangga matlamat pembangunan mampan. Mereka juga berpeluang bermain permainan mencari harta karun dan membina arca dalam suasana yang santai dan interaktif.
Selama program, pelajar juga dibawa melawat ke Fakulti Alam Bina & Ukur serta Arked Meranti di kampus UTM dimana mereka dapat melihat sendiri aktiviti lestari harian yang diamalkan di UTM. Kami berharap agar pelajar yang menyertai program ini dapat memahami pentingnya matlamat pembangunan mampan untuk masa depan mereka. 🌱📚 #MatlamatPembangunanMampan #PendidikanBerkualiti #SDG #UTMISI #SDG4