Majlis perasmian penutup ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ถ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ข๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐จ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ (๐ฃ๐๐ โ๐ฃ๐ช๐) telah berlangsung pada 27 September 2024 bertempat di Bilik Teratai 1, Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan OKU, Bangi.
Program ini telah diadakan bermula pada 23 – 27 September 2024 dengan dihadiri seramai 22 orang peserta dari golongan Orang Kurang Upaya dari pelbagai kategori yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkasa golongan OKU dengan kemahiran teknikal yang relevan, khususnya dalam penggunaan perisian AutoCAD dan teknologi pencetakan 3D. Setiap peserta telah diberi peluang merekacipta dan mencetak keychain sebagai hasil praktikal, ini telah memberikan mereka pengalaman sebenar dalam teknologi ini.
Penganjur berharap agar ilmu yang diperoleh akan terus dimanfaatkan dalam menghadapi cabaran masa depan, sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.