+607-558 4286 isijb@utm.my
Institut Sultan Iskandar dengan kerjasama UTM Kampus Lestari telah menjayakan Karnival Mini SDG sempena Aeon Member Day pada 29 Jun 2024 yang lepas.
Objektif utama Karnival Mini ini adalah untuk memperkenalkan Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) kepada masyarakat umum.
Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Pembungkusan Alternatif Kreatif, Permainan Suai Padan SDG, Permainan Dam Ular & Tangga Amalan Mampan serta pameran.
Seramai 45 orang kanak-kanak telah menyertai Pertandingan mewarna, dan 9 dewasa bagi Pertandingan Pembungkusan Alternatif Kreatif.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Aeon Taman Universiti kerana memberi ISI peluang untuk menyebarkan ilmu tentang SDG kepada masyarakat, serta sebagai penaja hadiah dan saguhati