Selain menganggotai Jawatankuasa Senibina Identiti Kebangsaan di bawah Lembaga Arkitek Malaysia, Prof. Dr. Syed Ahmad Iskandar bin Syed Ariffin turut menyumbang kepakaran dalam bidang warisan dan pemuliharaan (conservation) senibina di bawah naungan Jabatan Warisan Negara (JWN). Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Syed Ahmad Iskandar di atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Pakar Warisan Senibina dan Landskap oleh JWN bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.