Johor Bahru, 19 Februari 2024 – Institut Sultan Iskandar telah mengadakan program Eksplorasi Pembangunan Mampan Edisi Cuti Sekolah 2.0 yang melibatkan para pelajar berumur 10-15 tahun.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar konsep Matlamat Pembangunan Mampan dan impak penggunaan plastik dalam kehidupan harian. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan kreativiti melalui pelbagai aktiviti seperti permainan berkumpulan, dam ular, dan tangga matlamat pembangunan mampan.
Pelajar juga telah dibawa Fakulti Alam Bina iaitu ke KALAM dan Galeri FABU untuk meninjau aktiviti di fakulti serta lawatan ke Arked Meranti dimana mereka dapat melihat sendiri aktiviti lestari harian yang diamalkan di UTM. Seterusnya mereka dibawa menyusuri laluan denai tasik UTM dari Kolej Rahman Putra ke Laman Meranti.
Semoga pelajar yang menyertai program ini dapat memahami pentingnya matlamat pembangunan mampan untuk masa depan mereka. 🌱📚
#MatlamatPembangunanMampan #PendidikanBerkualiti #SDG #UTMISI #SDG4