Aktiviti penyelidikan dan perundingan kini telah digerakkan sepenuhnya bermula 10 Jun 2020 yang lalu. Antara projek yang telah aktif bergerak semula ialah Projek Tanjung Pelepas Ecological Park (TPEP) dan Projek PILs TM KPT-Bos. ISI juga dalam proses menandatangani 'MOA' sebuah projek penyelidikan bersama Islamic University in Uganda (IUIU) pada pertengahan bulan Julai nanti. 

Semoga semuanya berjalan lancar.

Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah diumumkan dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 7 Jun 2020 yang lalu, sukacita dimaklumkan waktu operasi pejabat ISI kini kembali seperti biasa.
.
ISI Johor Bahru
Ahad-Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
.
ISI Kuala Lumpur
Isnin - Jumaat : 8.30 pagi-5.30 petang
.
Selamat bekerja!!!

Warga Institut Sultan Iskandar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat islam di Malaysia.
.
Jangan lupa kita sama-sama praktikkan norma baharu di musim perayaan ini.
.
 Elak bersalaman.
? Amalkan etika batuk & bersin.
?Lakukan disinfeksi.
✔️Kekal di rumah.
✔️Keluar utk urusan penting sahaja.

Seluruh warga kerja ISI mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam. Semoga ramadan kali ini membawa seribu satu keberkatan dalam diri kita disamping mematuhi perintah kawalan pergerakan. Perintah Kawalan Pergerakan kini memasuki Fasa 4 bermula 29 April - 12 Mei 2020. Sama-sama kita terus berdoa agar negara kita bebas dari wabak virus yang boleh meragut nyawa ini.

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT INSTITUT SULTAN ISKANDAR BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

Berhubung kenyataan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi, pejabat ISI Johor Bahru dan Kuala Lumpur akan ditutup mulai 18 - 31 Mac 2020, atau sebarang tarikh lain berdasarkan perubahan semasa.

Who's Online

We have 22 guests and no members online

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment 

Contact us

X

Copy Not Available

Please e-mail your request