11 Julai 2018 (Rabu) – Institut Sultan Iskandar telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 27 Syawal 1439H bertempat di pejabat ISI di Aras 4 Dewan Sultan Iskandar, Universti Teknologi Malaysia. Majlis disajikan dengan pelbagai juadah enak hari raya seperti ketupat, lontong, laksa johor, nasi biryani dan lain-lain. Majlis ini bertujuan membuka ruang kepada warga ISI dan tetamu berkongsi kegembiraan dan saling bermaafan serta mengeratkan silaturahim. Lebih 150 orang telah hadir bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri yang diadakan pada hari tersebut. Antara yang hadir ialah Y.Bhg. Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi b Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang juga Ahli Lembaga Pengarah ISI dan Prof Dr Mohd Hamdan Ahmad, Dekan Fakulti Alam Bina bersama isteri Prof Rose Alinda Alias, rakan korporat dan penyelidik serta perunding, staf UTM dan para pelajar.

 

10th July 2018 - Visit from NICHIAS Corporation's representative Mr Susumu Sugiyama to Nichias Eco-House located at Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia. Nichias Eco-House is a collaboration project between Institut Sultan Iskandar UTM, NICHIAS Corporation and Hiroshima University. 

 

30 Jun 2018 - Majlis Pelancaran Program Rejuvenasi Perumahan Kos Rendah Bandar Bukit Puchong telah diadakan pada 30 Jun 2018 bertempat di ruang legar Blok C, Pangsapuri Bukit Puchong. Program perintis ini merupakan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Institut Sultan Iskandar dalam merejuvenasi perumahan kos rendah. Penduduk Blok C Pangsapuri Bukit Puchong telah diberikan peluang untuk memberikan idea dan memilih kemudahan yang diperlukan dalam komuniti mereka berdasarkan komitmen para penduduk terhadap projek perintis ini. Projek ini dijangka menelan belanja sekitar RM120,000.00 dan akan dibiayai Bukit Hitam Development Sdn Bhd dan sebahagian kos pula ditanggung oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya. Manakala Prof. Madya Dr Gurubiah Mursib dari Institut Sultan Iskandar Kuala Lumpur sebagai Ketua Projek akan menyelia 30 orang pelajar dari Sekolah Senibina, Universiti Teknologi Malaysia yang akan membuat inventori ruang dan idea-idea rekebentuk untuk kemudahan yang diperlukan oleh penduduk.

 

 

Skudai, 26 Jun 2018 - Majlis Jamuan Perpisahan Prof Madya Dr Mohd Zamani Ahmad telah diadakan di Restoren Asam Pedas & BBQ pada 26 Jun 2018 yang lalu dan telah dihadiri oleh warga Institut Sultan Iskandar. PM Dr Mohd Zamani telah dipinjamkan ke Institut Sultan Iskandar pada 1 Julai 2013 dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah II. Sepanjang lima tahun di ISI beliau telah menyumbang kepakaran beliau dalam projek ISI seperti Jabatan Kerja Raya WSCP, Research Project on Hydrodynamic Simulation Within Port Limit of Port of Tanjung Pelepas and Establishment of Johor Port Authority (Tanjung Pelepas) Marine Data Centre (MDC), AKEPT, TPEP & NBOS.

Seluruh warga Institut Sultan Iskandar mengucapkan selamat maju jaya buat beliau dan merakamkan penghargaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Institut Sultan Iskandar.

Kredit gambar kepada Datuk Supandi

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Urban Habitat 

Contact us