Kuala Lumpur, 29 Mac 2018 – Seramai 10 orang pensyarah dari pelbagai politeknik dan kolej komuniti telah menyertai program Sijil Profesional BIM anjuran Institut Sultan Iskandar UTM (ISI) yang dikelolakan oleh ISI Kuala Lumpur (ISIKL) menerusi anak syarikat ISI Ventures Sdn Bhd (ISIV). Program ini telah berlangsung selama 5 bulan iaitu pada 1 November 2017 sehingga 31 Januari 2018 di Pusat Latihan Autodesk UTM (ISIKL) dan baki 2 bulan seterusnya peserta menjalani Latihan Industri di BIMASIA pada 1 Februari 2018 sehingga 28 Mac 2018.

Pada 29 Mac 2018, para peserta telah diraikan dalam Majlis Penganugerahan Sijil Profesional dalam Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling, BIM) di Grand Petra Ballroom, Royal Widad Residence UTMKL. Sijil penganugerahan telah disampaikan oleh En Ishak bin Sarip, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Latihan, Bhg. Kecemerlangan Profesional, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi. Para peserta telah menerima beberapa sijil Professional iaitu Sijil Profesional Autodesk Revit Architecture, Sijil Pentauliahan CIDB BIM Modeller, Sijil Pentauliahan CIDB BIM Coordinator dan Sijil UTM-ATC BIM for Sustainability Analysis.

Ketua Bahagian ISIKL merangkap Ketua Program BIM, Profesor Madya Dr Gurupiah Mursib dalam ucapannya merakamkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi terutama Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) atas kepercayaan dan sokongan berterusan kepada ISI  untuk mengendalikan program ini. ISI yang menjadi penghubung dalam industri pembinaan antarabangsa dan tempatan akan sentiasa berjuang merealisasikan penerapan teknologi pembinaan mampan menerusi BIM di peringkat pendidikan tinggi dan industri. UTM melalui ISI komited untuk berkhidmat untuk memperjuangkan kemampanan menerusi teknologi berpandukan BIM untuk melahirkan lebih banyak wira yang mendokong Revolusi Perindustrian Malaysia 4.0.

Gelang Patah, 26 Mac 2018 - Higher Education Minister, Dato’ Seri Idris Jusoh has officiated the opening ceremony of the Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah. It is one of the denoted sites out of 10 Kolej Komuniti expansion programme in PILsTM KPT-BOS project. As secretariat for the program, ISI serves as project coordinator for both contractual and academics aspects.The program opens up the platform of exposure in Built Environment practice to seniors and young lecturers and UA students in Engineering, Architecture and Quantity Surveyor. 

Site Possession for Kolej Komuniti Cawangan Hulu Terengganu was successfully commenced on 11 March 2018 and expected to be completed by early Mei 2018. Kolej Komuniti Cawangan Hulu Terengganu is one of the denoted sites out of 10 Kolej Komuniti expansion programme in PILsTM KPT-BOS project.

Skudai, 19 January 2018 - The MIT-UTM Malaysia Sustainable Cities Program (MIT-UTM MSCP) Open Lecture was held on 18th January 2018 at Galeri Alam Bina, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia. As usual practice, the program will conduct a Practicum study tour every January involving MIT and UTM Postgraduate students. The Practicum is used to formulate research questions or agenda that the MIT UTM MSCP scholar will adapt and work on their own for four to five months while based in UTM. The Practicum and Research output also emphasized questions likely to produce “actionable findings” relevant across the developing world. Open Lecture is a platform for the Scholars to share their research and initial findings UTM and local communities before they move to MIT and embark on the second phase of their contract finalizing academic paper and teaching videos.

Launched in September 2013, the MIT-UTM Sustainable Cities Program (MSCP) is a five-year effort between UTM and MIT and supported by the Malaysian government. It is aimed at promoting Malaysia's sustainable practices and improving the quality of instructional materials available to college and university faculty around the world about sustainable city development.

 

Johor Bahru, 10 Januari 2018 - Sesi menandatangani MoU antara ISI dan MBJB bagi Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Majlis Bandaraya Johor Bahru 2025.

ISI diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Prof Madya Dr Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin Syed Iskandar Syed Iskandar Ariffin dan Low Carbon Society UTM diwakili Prof Dr Ho Chin Siong. 

Majlis dipengerusikan oleh Tuan Haji Jalil Tasliman, Timbalan Pengarah Perancangan Pembangunan, Bahagian Rancangan Pemajuan, Majlis Bandaraya Johor Bahru. 

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Urban Habitat 

Contact us