KUALA LUMPUR - Laporan Akhir Projek Rejuvinasi Pangsapuri Kos Rendah Bandar Bukit Puchong telah selamat diserahkan kepada Encik Mohd Kamil bin Basir, Penolong Pengarah Kanan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) oleh Puan Nor Azura Talib pada 2 Disember 2019 di pejabat MPSJ.

Program Rejuvinasi Pangsapuri Kos Rendah Bandar Bukit Puchong telah diperkenalkan oleh oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bertujuan memupuk komuniti berdaya yang kendiri dari kebergantungan dalam meningkatkan kualiti hidup dan kejiranan. Program ini diselia oleh Institut Sultan Iskandar dan dibantu oleh Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia. Dalam tempoh setahun, program ini telah menjadi model contoh Dasar Komuniti Negara serta menjadi penanda aras bagi beberapa projek pemberdayaan komuniti mampan golongan B40 bandar. Program ini telah menerima Anugerah Platinum My Place Awards 2019 oleh Malaysian Institute of Planning dibawah kategori “Community and Neighbourhood Park”, manakala dua program khidmat komuniti dalam program ini mendapat penarafan impak 5 bintang oleh CCIN UTM, dan kini program Rejuvinasi ini tercalon dalam pelbagai penganugerahan setempat dan juga kebangsaan.

SELASA-26 Nov 2019 - Satu perbincangan di antara ISI dan pihak Islamic University in Uganda (IUIU) telah diadakan di pejabat ISI Kuala Lumpur. Perbincangan tersebut diadakan bagi membincangkan projek "IUIU Campus Master Plan" yang akan dibiayai oleh Islamic Bank Development (IDB). Projek ini dijangka akan dimulakan pada tahun 2020.

Prof. Dr. Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin telah mengetuai perbincangan tersebut manakala pihak IUIU diwakili oleh H.E Dr. Ahmad Kawesa Sengendo Rektor IUIU dan Dr Miiroo Farooq. Turut hadir dalam mesyuarat ialah pihak konsultan iaitu PM. Sr. Dr. Sarajul Fikri bin Mohamed manakala Dr Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani dan Ir. Dr Noorazizi Mohd Samsuddin dari pejabat ISI Kuala Lumpur.

 

SABTU, 26 Oktober 2019 - Institut Sultan Iskandar Kuala Lumpur dengan kerjasama anak syarikatnya iaitu ISI Ventures Sdn Bhd telah menganjurkan Kejohanan Akhir Tenpin Bowling 2019 bertempat di Gurney Bowl, UTM Kuala Lumpur. 10 kumpulan peserta yang terdiri daripada 40 orang telah dipilih berdasarkan jumlah mata pin tertinggi setiap kumpulan dalam siri pertandingan terdahulu iaitu Siri Pertama dan Siri Kedua yang diadakan pada bulan Ogos dan September yang lepas. 

Pertandingan akhir ini juga turut mendapat kerjasama organisasi luar yang sudi menyumbang dan menaja hadiah para pemenang seperti BIM Asia, SS Cakna Resources, BIM Construct Solution, Isma Mewah Enterprise (Catering) manakala hadiah cabutan bertuah ditaja oleh UTM Holdings, The Royal Widad Hotel, Majed & Son's Barber Cafe, dan Mihan - Seventh Heaven Motor Club.

Tahniah kepada para pemenang!!!

Pemenang Pasukan 

1. UTMKL Tech

2. XXXHome

3. Kuda Hitam

 

Pemenang (Individu Lelaki)

1. Muhammad Naufal - UTMKL Tech

2. Muhammad Aniq Rfiqi - UTMKL Tech

 

Pemenang (Individu Wanita)

1. Pn. Sofiazi - BBNU

2. Dr liza - Kuda Hitam

 

 

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2019 - Sempena meraikan Mesyuarat Ahli Lembaga Amanah ISI yang ke 100, satu majlis makan tengah hari telah diadakan di The Royal Widad, UTM Kuala Lumpur. Turut hadir memeriahkan majlis makan tengah hari tersebut adalah mantan Pengerusi Lembaga Amanah ISI, Tan Sri Datuk Seri Sallehuddin Mohamed, mantan Naib Canselor UTM, Dato Dr. Muhammad Ridzuan Haji Salleh serta isteri beliau, Datin Zan Rokiah Abdul Rahman, juga mantan Timbalan Pengarah (Pentadbiran) ISI, mantan Pengarah Eksekutif ISI yang pertama, Prof. Emeritus Dr Azman Haji Awang dan mantan Prof Emeritus Dr Amin Alias. 

KUALA LUMPUR, 7 September 2019 - Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada 10 buah kumpulan telah memeriahkan pertandingan tenpin boling Institut Sultan Iskandar Siri 2.0 yang berlangsung di Gurney Bowl, UTMKL Residensi pada Sabtu lalu. Ir Dr Noorazizi Mohd Samsuddin selaku Ketua Unit Latihan, Acara dan Pemajuan Profesional telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Siri 2.0 iaitu kumpulan XXX Home, Kuda Hitam dan UTMKL Tech. 

Pemenang dari kedua-dua siri ini akan bertanding sekali lagi dalam pertandingan akhir pada bulan Oktober nanti bagi merebut Piala Institut Sultan Iskandar. 

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment 

Contact us

X

Copy Not Available

Please e-mail your request