RABU, 22 Januari 2020 - Institut Sultan Iskandar telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja bagi Pelan Induk FRIM Selangor Forest Park – Heart of Heritage oleh Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM WHS). Terdahulu pihak ISI bersama pensyarah Fakulti Alam Bina telah menghadiri mesyuarat kali pertama pada bulan Oktober 2019 yang lalu. ISI yang diketuai Prof. Dr Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin telah membentangkan beberapa solusi bagi membantu FRIM mendapatkan status UNESCO World Heritage Status Site, ini memandangkan FRIM yang ditubuhkan pada tahun 1920an mempunyai banyak potensi dan aset yang berharga kepada ekonomi negara. Turut hadir pada hari tersebut ialah Timbalan Pengarah Kanan 1, Dr Khairul Anwar dan dan Timbalan Pengarah Kanan 2, Dr Wan Nurul Mardiah bersama pegawai-pegawai penyelidikan ISI iaitu Puan Jamilia, Puan Nooraishikin dan Encik Mohd Yunus. Manakala pihak FRIM WHS diketuai Cik Noorsiha Ayob, Muhammada Haziq Mohd Salleh, Ainnur Amira Anuar Musadad, Law Shu Hui, Saharuddin Sabtu dan Amirul Hafiz Shahril. Mesyuarat ini telah berlangsung di Pusat Komuniti Hijau (Green Community Centre), FRIM. Kedua-dua pihak dalam mesyuarat juga telah bersetuju untuk mencari tarikh bersesuaian bagi mengadakan bengkel penyediaan deraf MOU antara FRIM WHS dan ISI-UTM serta penyediaan Terma Rujukan (TOR) dan TFP bagi Pelan Induk FRIM Selangor Forest Park – Heart of Heritage. 

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment 

Contact us

X

Copy Not Available

Please e-mail your request