KUALA LUMPUR: Sepuluh (10) buah pasukan telah memeriahkan pertandingan tenpin boling Institut Sultan Iskandar Siri 1.0 bertempat di Gurney Bowl, UTMKL Residensi. Penganjuran pertandingan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan di antara warga ISI, UTM, dan agensi serta individu luar. Ianya juga dapat menggalakkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat di kalangan masyarakat.

Siri 1.0 ini telah menyaksikan kumpulan Wizurai A mengungguli carta kedudukan pertama diikuti Wizurai B dan The Surveyor. Bagi kategori lelaki individu pula johan dimenangi En Abdul Malek Bin Bahari dan naib juara ialah En. Mahathir Bin Maat. Manakala Dr. Liza Latiff menjuarai kategori wanita individu dan Pn. Normala Arshad sebagai naib johan.  Turut bertanding dalam kategori kumpulan ialah kumpulan Kuda Hitam, 4Bowlers, Mamba Bowlers1, 4Cacamerba, UTM Holdings Sdn Bhd, Mamba Bowlers 2 dan Cincai Boncai.

Pertandingan ini telah mendapat tajaan dari pelbagai pihak korporat dan individu seperti UTM Holdings Sdn Bhd, Royal Widad Residence UTMKL, The Regency Scholars Hotel, Azim Garment Printing, Ir. K. Kumarason, Profesor Emiratus Ir.  K. S. Kannan dan Isma Mewah Enterprise (Catering) merupakan pihak penaja yang telah menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing.

Menurut Puan Mahanim Makrojit yang merupakan pengurus program, penganjuran pertandingan ini adalah kali pertama diadakan dan akan diteruskan dengan Siri 2.0 pada 7 September 2019.