MELAKA, 17 Julai 2019 - Sesi "Team Bonding" Institut Sultan Iskandar telah selamat berlangsung di Limas Tiga, Umbai Melaka. Sesi ini telah dihadiri oleh semua staf ISI Johor Bahru dan ISI Kuala Lumpur selama 2 hari dan 1 malam yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara staf dan pihak pengurusan. Pihak ISI Kuala Lumpur telah bertindak sebagai hos majlis dan telah mengaturkan beberapa siri aktiviti antaranya sesi tazkirah pagi, permainan berpasukan dan sesi karaoke. Malah penyediaan juadah seperti makan malam BBQ dan sarapan pagi juga telah disediakan secara rewang antara staf. Majlis penutup pada hari kedua menyaksikan sesi perpisahan tertutup untuk Prof Madya Dr Gurupiah Mursib yang juga Ketua Bahagian ISI Kuala Lumpur yang bersara pada Ogos 2019 kelak. Suasana sedih dan sayu menyelubungi apabila PM Dr Rubi menyampaikan sedikit ucapan khas. Sesi team bonding ini diakhiri dengan sesi lawatan sekitar bandar Melaka dan makan tengahari. 

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Built Environment 

Contact us

X

Copy Not Available

Please e-mail your request