Majlis Pelancaran Pembinaan Projek Rintis Ruang Kejiranan Program Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Noraini Roslan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 7 Oktober 2010, Ahad. Program perintis ini merupakan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya, Institut Sultan Iskandar, dan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia dalam merejuvenasi perumahan kos rendah di Malaysia.

Pelancaran pembinaan pada hari tersebut menyaksikan penglibatan 35 orang pelajar UTM dari Fakulti Alam Bina & Ukur , Universiti Teknologi Malaysia yang dijadikan anak angkat penduduk turut menjayakan aktiviti pada hari tersebut seperti penyediaan tapak laman edible, mengecat dinding,dan pembersihan blok-blok perumahan. Pembinaan laman edible yang berkeluasan 196 meter dijangka siap pada penghujung tahun ini, dan dapat memberi peluang penduduk untuk bercucuk tanam pada masa lapang. 

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Urban Habitat 

Contact us