26 Julai 2018 - Upacara penyerahan bangunan Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah telah selamat diadakan di bangunan yang terletak di Nusajaya Johor. Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah ini merupakan salah satu Projek Pengembangan 2 buah Politeknik dan 10 buah Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan.
Dokumen serahan telah disampaikan oleh Encik Azizul Leman (ISI) kepada Encik Roseman bin Mat Jidin (JPPKK) disaksikan bersama Puan Nur Jamilah binti Chek Wan Padzilah (JPPKK), Prof. Jamaliah Idris (ISI-M&E), Fasihah Ngah (ISI-Arkitek) serta wakil Kontraktor Bina Kurnia Bersatu. Terdahulu mesyuarat pemeriksaan dokumen serahan telah dijalankan di bilik mesyuarat Kolej Komuniti Cawangan Gelang Patah pada hari yang sama.