30 Jun 2018 - Majlis Pelancaran Program Rejuvenasi Perumahan Kos Rendah Bandar Bukit Puchong telah diadakan pada 30 Jun 2018 bertempat di ruang legar Blok C, Pangsapuri Bukit Puchong. Program perintis ini merupakan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Institut Sultan Iskandar dalam merejuvenasi perumahan kos rendah. Penduduk Blok C Pangsapuri Bukit Puchong telah diberikan peluang untuk memberikan idea dan memilih kemudahan yang diperlukan dalam komuniti mereka berdasarkan komitmen para penduduk terhadap projek perintis ini. Projek ini dijangka menelan belanja sekitar RM120,000.00 dan akan dibiayai Bukit Hitam Development Sdn Bhd dan sebahagian kos pula ditanggung oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya. Manakala Prof. Madya Dr Gurubiah Mursib dari Institut Sultan Iskandar Kuala Lumpur sebagai Ketua Projek akan menyelia 30 orang pelajar dari Sekolah Senibina, Universiti Teknologi Malaysia yang akan membuat inventori ruang dan idea-idea rekebentuk untuk kemudahan yang diperlukan oleh penduduk.

 

 

Follow Us

Stewarding Excellence in Innovative Sustainable Urban Habitat 

Contact us