Kuala Lumpur, 29 Mac 2018 – Seramai 10 orang pensyarah dari pelbagai politeknik dan kolej komuniti telah menyertai program Sijil Profesional BIM anjuran Institut Sultan Iskandar UTM (ISI) yang dikelolakan oleh ISI Kuala Lumpur (ISIKL) menerusi anak syarikat ISI Ventures Sdn Bhd (ISIV). Program ini telah berlangsung selama 5 bulan iaitu pada 1 November 2017 sehingga 31 Januari 2018 di Pusat Latihan Autodesk UTM (ISIKL) dan baki 2 bulan seterusnya peserta menjalani Latihan Industri di BIMASIA pada 1 Februari 2018 sehingga 28 Mac 2018.

Pada 29 Mac 2018, para peserta telah diraikan dalam Majlis Penganugerahan Sijil Profesional dalam Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling, BIM) di Grand Petra Ballroom, Royal Widad Residence UTMKL. Sijil penganugerahan telah disampaikan oleh En Ishak bin Sarip, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Latihan, Bhg. Kecemerlangan Profesional, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi. Para peserta telah menerima beberapa sijil Professional iaitu Sijil Profesional Autodesk Revit Architecture, Sijil Pentauliahan CIDB BIM Modeller, Sijil Pentauliahan CIDB BIM Coordinator dan Sijil UTM-ATC BIM for Sustainability Analysis.

Ketua Bahagian ISIKL merangkap Ketua Program BIM, Profesor Madya Dr Gurupiah Mursib dalam ucapannya merakamkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi terutama Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) atas kepercayaan dan sokongan berterusan kepada ISI  untuk mengendalikan program ini. ISI yang menjadi penghubung dalam industri pembinaan antarabangsa dan tempatan akan sentiasa berjuang merealisasikan penerapan teknologi pembinaan mampan menerusi BIM di peringkat pendidikan tinggi dan industri. UTM melalui ISI komited untuk berkhidmat untuk memperjuangkan kemampanan menerusi teknologi berpandukan BIM untuk melahirkan lebih banyak wira yang mendokong Revolusi Perindustrian Malaysia 4.0.

Who's Online

We have 28 guests and no members online

This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!

Most Read